Sila pastikan peranti anda memenuhi keperluan asas:
- Sistem Pengoperasian peranti Android versi 5.0 ke atas
- Peranti tidak di-Jailbreak atau di-Root
- Versi aplikasi TNG eWallet terkini
Jika peranti anda memenuhi keperluan di atas, terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan anda tidak dapat mendaftarkan akaun:
1. Penukaran nombor telefom bimbit baharu atau nombor ID (MyKad/ Passport) telah berdaftar dengan akaun sedia ada:
- Jika anda baru menukar Nombor Telefon bimbit anda, terdapat kemungkinan yang Nombor Telefon tersebut telah dikitar semula daripada pemilik TNG eWallet sebelum ini
- Pemilik eWallet mungkin telah tersalah memasukkan Nombor ID ketika pendaftaran.
2. Anda telah mendaftar menggunakan nombor telefon bimbit atau nombor ID (MyKad/ Passport) yang sama sebelum ini
- Jika anda tidak dapat mengingati nombor PIN 6-digit anda, sila lakukan langkah Lupa PIN. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang perlu anda lakukan dalam kes-kes sedemikian, sila rujuk artikel kami disini.
3. Penukaran nombor telefon bimbit baharu & tidak boleh log masuk
- Sila hubungi kami melalui Chatbot di aplikasi TNG eWallet.
4. Negara tidak tersenarai
- Kami mohon maaf jika nama negara anda tidak tersenarai. Kami sedang berusaha untuk memasukkan pengguna dari negara anda ke dalam eWallet
Berikut adalah artikel berkaitan yang sesuai untuk rujukan anda :