Ya, anda boleh menukar nombor telefon yang berdaftar dengan TNG eWallet. Sila pastikan aplikasi Touch 'n Go eWallet anda telah dikemaskini ke versi terkini.
Sekiranya anda tidak lagi dapat log masuk ke TNG eWallet
Akaun yang Telah Disahkan: Anda boleh mendapatkan semula akses ke akaun TNG eWallet anda dengan mengikuti langkah Pemulihan Akaun berikut:
- Pergi ke halaman utama dan tekan "Read FAQ".
- Tekan "Recover account now".
- Masukkan nombor telefon bimbit baharu anda.
- Masukkan kod OTP yang dihantar melalui SMS ke nombor telefon baharu anda.
- Masukkan maklumat dokumen pengenalan yang telah didaftarkan:
- Pilih jenis dokumen pengenalan (contohnya MyKad/NRIC atau Pasport).
- Masukkan nombor dokumen pengenalan yang didaftarkan.
- Masukkan kod OTP yang dihantar ke alamat e-mel berdaftar anda.
- Setelah pengesahan berjaya, sistem akan memaparkan mesej "Account ready for recovery". Tekan "Recover Now".
- Lengkapkan proses Pengesahan Wajah (Face Verification) dengan mengimbas wajah anda mengikut arahan yang diberikan.
- Setelah pengesahan berjaya, akaun anda akan dipulihkan dan nombor telefon baharu akan dikemas kini. Skrin akan memaparkan mesej "Account recovered successfully".
Tonton video ringkas ini:
Akaun yang Masih Belum Disahkan: Anda boleh mendapatkan akses semula ke akaun TNG eWallet anda dengan mengikuti langkah Pemulihan Akaun menggunakan alamat e-mel yang berdaftar. Untuk memahami bagaimana proses ini berfungsi, kami mencadangkan untuk menonton video pendek disini.
- Pergi ke halaman utama dan tekan "Read FAQ".
- Dalam bahagian FAQ, tekan "Recover account now".
- Masukkan nombor telefon bimbit baharu anda dan teruskan.
- Masukkan kod OTP yang dihantar melalui SMS ke nombor telefon baharu anda.
- Masukkan nombor dokumen pengenalan berdaftar anda (MyKad/NRIC atau Pasport).
- Masukkan kod OTP yang dihantar ke alamat e-mel berdaftar anda.
- Setelah pengesahan berjaya, akaun anda sedia untuk dipulihkan dan nombor telefon anda akan dikemas kini.
- Jika anda menerima mesej "ID has not been registered before", sila hubungi Khidmat Pelanggan (Careline) untuk membuat pindaan pada maklumat anda.
Sekiranya anda masih log masuk ke TNG eWallet:
- Klik pada ikon 'Profile' di bahagian atas sebelah kanan halaman utama aplikasi
- Pilih “Keselamatan” diikuti dengan “Tukar Nombor Telefon Bimbit”
- Masukkan pin 6-digit anda
- Masukkan nombor telefon mudah alih baru anda
- Masukkan OTP yang dihantar ke nombor telefon baharu anda.
- Mesej berjaya akan dipaparkan apabila nombor telefon baharu anda telah ditukar.
Kami berharap maklumat di atas dapat membantu. Jika anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi kami disini