1. Jika anda tidak lagi log-masuk ke akaun Touch 'n Go eWallet anda, sila kuti langkah-langkah di bawah.
- Langkah 1: Buka aplikasi Touch 'n Go eWallet dan masukan Nombor Telefon Bimbit yang berdaftar
- Langkah 2: Klik pada Lupa PIN anda?
- Langkah 3: Masukkan nombor telefon bimbit anda
- Langkah 4: Masukkan OTP yang dihantar ke nombor telefon bimbit anda
- Langkah 5: Untuk AKAUN YANG TELAH DISAHKAN - imbas wajah anda, manakala untuk AKAUN YANG MASIH BELUM DISAHKAN, Nombor ID Berdaftar/Soalan Keselamatan akan disoal.
- Langkah 6: Setelah selesai, Masukkan PIN 6 digit yang baharu dan selesai!
2. Jika anda masih log-masuk ke akaun eWallet anda, ikuti langkah-langkah di bawah.
- Langkah 1: Buka aplikasi Touch 'n Go eWallet dan klik pada Profil.
- Langkah 2: Scroll ke bawah dan ketik pada Tetapan
- Langkah 3: Ketik Tukar PIN 6 digit
- Langkah 4: Ketik Lupa PIN
- Langkah 5: Untuk AKAUN YANG TELAH DISAHKAN - imbas wajah anda, manakala untuk AKAUN YANG MASIH BELUM DISAHKAN, Nombor ID berdaftar/Soalan Keselamatan akan ditanya.
- Langkah 6: Setelah selesai, Masukkan PIN 6 digit yang baharu dan anda selesai!
Jika akaun anda telah disekat disebabkan oleh situasi di bawah, sila tunggu selama 24 jam sebelum mencuba semula.
- Melampaui jumlah percubaan PIN 6 digit yang dibenarkan semasa log masuk, atau
- Melampaui jumlah percubaan soalan keselamatan yang dibenarkan