Sila pastikan peranti anda memenuhi keperluan asas:
- Sistem Pengoperasian peranti Android versi 5.0 ke atas
- Peranti tidak di-Jailbreak atau di-Root
- Versi aplikasi Touch 'n Go eWallet terkini
Jika peranti anda memenuhi keperluan di atas, terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan anda tidak dapat mendaftarkan akaun :
1. PENUKARAN NOMBOR TELEFON BIMBIT BAHARU atau NOMBOR ID (MYKAD/PASSPORT) TELAH BERDAFTAR DENGAN AKAU SEDIA ADA :
- Jika anda baru menukar Nombor Telefon bimbit anda, terdapat kemungkinan yang Nombor Telefon tersebut telah dikitar semula daripada pemilik TNG eWallet sebelum ini
- Pemilik eWallet mungkin telah tersalah memasukkan Nombor ID ketika pendaftaran.
2. ANDA TELAH MENDAFTAR MENGGUNAKAN NOMBOR TELEFON BIMBIT atau NOMBOR ID (MYKAD/PASSPORRT) YANG SAMA SEBELUM INI
- Jika anda tidak dapat mengingati nombor PIN 6-digit anda, sila lakukan langkah Lupa PIN. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang perlu anda lakukan dalam kes-kes sedemikian, sila rujuk artikel kami disini.
3. PENUKARAN NOMBOR TELEFON BIMBIT BAHARU & TIDAK BOLEH LOG MASUK
- Sila hubungi kami melalui Chatbot di aplikasi TNG eWallet.
4. NEGARA TIDAK TERSENARAI
- Kami mohon maaf jika nama negara anda tidak tersenarai. Kami sedang berusaha untuk memasukkan pengguna dari negara anda ke dalam eWallet
5. ANDA MENGGUNAKAN NOMBOR TELEFON BIMBIT SELAIN DARI +60 (MY) DAN +65 (SG)
- TNG eWallet hanya boleh digunakan dengan nombor telefon Malaysia dan Singapura
Jika langkah diatas tidak dapat membantu, sila hubungi kami melalui Chatbot di aplikasi TNG eWallet.
Berikut adalah artikel berkaitan yang sesuai untuk rujukan anda :