Sila pastikan peranti anda memenuhi keperluan asas :
- Sistem Pengoperasian peranti Android versi 5.0 ke atas
- Peranti tidak di-Jailbreak atau di-Root
- Versi aplikasi Touch 'n Go eWallet terkini
Jika peranti anda memenuhi keperluan di atas, terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan anda tidak dapat mendaftarkan akaun :
1. PENUKARAN NOMBOR TELEFON BIMBIT BAHARU atau NOMBOR ID (MYKAD/PASSPORT) TELAH BERDAFTAR DENGAN AKAU SEDIA ADA :
- Jika anda baru menukar Nombor Telefon bimbit anda, terdapat kemungkinan yang Nombor Telefon tersebut telah dikitar semula daripada pemilik Touch 'n Go eWallet sebelum ini
- Pemilik eWallet mungkin telah tersalah memasukkan Nombor ID ketika pendaftaran.
2. ANDA TELAH MENDAFTAR MENGGUNAKAN NOMBOR TELEFON BIMBIT atau NOMBOR ID (MYKAD/PASSPORRT) YANG SAMA SEBELUM INI
- Jika anda tidak dapat mengingati nombor PIN 6 digit anda, sila lakukan langkah Lupa PIN. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang perlu anda lakukan dalam kes-kes sedemikian, sila rujuk artikel kami disini.
3. PENUKARAN NOMBOR TELEFON BIMBIT BAHARU & TIDAK BOLEH LOG MASUK
- AKAUN YANG TELAH DISAHKAN : Anda boleh mendapatkan semula akses kepada akaun Touch 'n Go eWallet anda dengan menggunakan langkah-langkah Pemulihan Akaun dengan Pengesahan Wajah. Untuk memahami bagaimana proses ini berfungsi, kami mencadangkan agar anda menonton video pendek disini.
- AKAUN YANG MASIH BELUM DISAHKAN : Anda boleh mendapatkan akses semula ke akaun Touch 'n Go eWallet anda dengan mengikuti langkah Pemulihan Akaun menggunakan alamat e-mel yang berdaftar. Untuk memahami bagaimana proses ini berfungsi, kami mencadangkan untuk menonton video pendek disini.
4. NEGARA TIDAK TERSENARAI
- Kami mohon maaf jika nama negara anda tidak tersenarai. Kami sedang berusaha untuk memasukkan pengguna dari negara anda ke dalam eWallet
5. ANDA MENGGUNAKAN NOMBOR TELEFON BIMBIT SELAIN DARI +60 (MY) DAN +65 (SG)
- Touch 'n Go eWallet hanya boleh digunakan dengan nombor telefon Malaysia dan Singapura
Jika langkah diatas tidak dapat membantu, sila ajukan borang web melalui : https://tngd.my/careline-webform dan pilih Jenis Bantuan = 'Pendaftaran/Log Masuk'.
Berikut adalah artikel berkaitan yang sesuai untuk rujukan anda :