Tuntutan di bawah manfaat ini tidak akan dibayar bagi perkara berikut:
- Kelewatan, penjadualan semula atau pembatalan yang disebabkan oleh mogok atau tindakan perusahaan yang telah berkuat kuasa atau diumumkan sebelum perlindungan polisi atau tempahan perjalanan anda dikeluarkan;
- Perbelanjaan tambahan yang timbul akibat kelewatan, seperti penjadualan semula, termasuk tetapi tidak terhad kepada pembelian tiket baharu atau kos penginapan tambahan.
Senarai ini tidak menyeluruh. Anda hendaklah merujuk dokumen polisi untuk butiran penuh terma dan syarat.