Semua manfaat di bawah manfaat tambahan pilihan Road Trip Cover tidak terpakai kepada kanak-kanak berumur tiga puluh (30) hari hingga tujuh belas (17) tahun.
Selain itu, manfaat berikut tidak akan dibayar dalam keadaan berikut:
(i) Bagi manfaat Kereta Sewa/Campervan, jika:
- Anda gagal mematuhi perjanjian sewaan atau undang-undang dan peraturan tempatan;
- Anda dilarang atau hilang kelayakan di sisi undang-undang daripada memandu atau menyewa kenderaan.
(ii) Bagi manfaat Kehilangan atau Kerosakan Peralatan Perkhemahan, jika:
- Anda tidak mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk melindungi peralatan perkhemahan.
Sila rujuk dokumen polisi untuk terma, syarat, had dan pengecualian sepenuhnya.