Tuntutan di bawah manfaat ini tidak akan dibayar bagi perkara berikut:
- Haus dan lusuh, susut nilai atau kerosakan akibat keadaan cuaca;
- Kerosakan akibat serangga, haiwan perosak atau kerosakan mekanikal atau elektrik;
- Kehilangan atau kerosakan yang tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa berkaitan dalam tempoh 24 jam selepas diketahui;
- Kehilangan atau kerosakan yang telah diberikan pampasan atau penggantian oleh mana-mana pihak lain.
Senarai ini tidak menyeluruh. Anda hendaklah merujuk dokumen polisi untuk butiran penuh terma dan syarat.