Dua manfaat di bawah manfaat tambahan pilihan City Traveller/Urban Cover tidak akan dibayar dalam keadaan berikut:
(i) Bagi manfaat Kehilangan Wang Peribadi, jika:
- Wang ditinggalkan tanpa pengawasan di tempat awam atau di dalam kenderaan tanpa pengawasan;
- Wang hilang semasa dalam jagaan Pembawa Awam (iaitu pengendali pengangkutan darat, laut atau udara) dan tidak dilaporkan dalam tempoh 24 jam selepas diketahui berserta laporan ketidakaturan harta benda (PIR);
(ii) Bagi manfaat Kehilangan Dokumen Perjalanan, jika:
- Kehilangan pasport dan/atau visa anda berlaku kerana dokumen tersebut ditinggalkan tanpa pengawasan di tempat awam yang boleh diakses bebas oleh orang ramai;
- Perlindungan anda adalah untuk perjalanan domestik.
Sila rujuk dokumen polisi untuk terma, syarat, had dan pengecualian sepenuhnya.