Harap maklum bahawa kami akan menamatkan servis tambah nilai melalui FPX dalam eDompet secara berperingkat mulai 1 Ogos 2023.
Sebagai penyelesaian alternatif, kami mencadangkan anda menggunakan DuitNow Transfer daripada akaun bank untuk tambah nilai eDompet, dari serendah RM1.
Ini adalah alternatif yang selamat dan terjamin untuk menambah nilai di Touch 'n Go eWallet anda.
Ini adalah langkah-langkah mudah untuk menambah nilai eDompet anda menggunakan DuitNow Transfer:
- Dari halaman Touch ‘n Go eWallet Reload anda, tekan butang “Reload eWallet”.
- Pada skrin seterusnya, salin ID akaun eWallet DuitNow anda menggunakan butang “Salin” dan teruskan membuka aplikasi/halaman web perbankan pilihan anda.
- Dalam aplikasi / halaman web perbankan pilihan anda, pilih Pindahkan ke Bank lain.
- Tampalkan nombor akaun eWallet anda yang telah disalin tadi dan pilih “Touch ‘n Go eWallet” sebagai bank.
- Sahkan bahawa akaun penerima adalah betul dan pindahkan jumlah yang anda perlukan.