Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan anda tidak dapat mengimbas kod QR :
1) Peranti tidak disokong
- Sila pastikan anda tidak menggunakan peranti yang di-jailbreak atau di-root
- Untuk maklumata lanjut sila rujuk artikel Mengapa aplikasi Touch 'n Go eWallet tidak disokong pada peranti yang di-jailbreak/di-root?
2) Masalah peranti
Pertama sekali, pastikan sambungan internet adalah baik dan ikuti tetapan berikut untuk peranti anda :
iOS
- Pergi ke settings
- Klik pada tetapan date and time
- Pilih Set Automatically
Lakukan langkah asas berikut jika isu masih berlaku
i) “Uninstall” dan “install” semula aplikasi Touch n Go eWallet.
ii) Kemaskini aplikasi ke versi terkini
Android
i) “Uninstall” dan “install” semula aplikasi Touch n Go eWallet.
ii) Kemaskini aplikasi ke versi terkini
iii) Kosongkan Cache / Data / Penyimpanan
Jika isu masih berlaku selepas membuat langkah asas, sila hubungi kami dengan menghantar pertanyaan di sini. Rujuk panduan penghantaran di https://youtu.be/Z54ra0V6LSQ
Sila sertakan maklumat/dokument berikut untuk semakan kami.
- Tangkapan skrin mesej ralat (jika ada)
- Model Telefon
- Versi Aplikasi
- Versi Android / iOS
Sila maklum bahawa data anda disimpan dan diuruskan mengikut Polisi Privasi TNGD.
Berikut adalah artikel berkaitan yang sesuai untuk rujukan anda :
Mengapakan saya tidak dapat imbas kod QR peniaga?
Bagaimana cara untuk membayar kepada Peniaga melalui Kod QR melalui Touch 'n Go eWallet?
Bagaimana cara untuk lihat atau muat turun sejarah transaksi saya?