Kandungan bermaksud barangan isi rumah seperti perabot, barangan elektrik, perkakas rumah, dan barangan peribadi seperti pakaian, dompet dan lain-lain yang dipunyai oleh anda atau mana-mana ahli anda yang biasanya tinggal bersama anda di rumah kediaman persendirian.
Perlindungan kandungan tidak termasuk barang platinum, emas, perak, barang kemas, bulu, apa-apa barangan yang ganjil atau karya seni dengan jumlah melebihi RM500.00, sekuriti, obligasi, surat ikatan, bon, bil pertukaran, nota janji hutang atau sebarang jenis dokumen, setem , duit syiling atau wang kertas, cek, nota mata wang, manuskrip wang kertas, buku akaun atau buku perniagaan lain, atau rekod sistem komputer, kenderaan bermotor dan aksesori, atau ternakan.