Kejadian asas yang dilindungi (atau dikenali sebagai peril yang diinsuranskan) ialah kebakaran dan kilat, dan perlindungan tambahan berikut adalah pilihan dan tersedia untuk dipilih berdasarkan keperluan anda dan tertakluk kepada premium tambahan:
- Banjir;
- Kerosakan hentaman termasuk kenderaan Pihak Diinsuranskan;
- Letupan atau limpahan radas tangki air atau paip;
- Kerosakan rusuhan, mogok dan niat jahat;
- Penenggelaman dan gelinciran tanah; dan/atau
- Kerosakan oleh pokok tumbang atau dahan dan objek darinya.
Nota: Sekiranya anda memilih untuk menginsuranskan kandungan rumah anda sahaja (iaitu tanpa bangunan anda), Polisi anda akan dipakej dengan kesemua enam (6) perlindungan tambahan di atas.