Akaun pengguna akan dianggap sebagai “Tidak Aktif” jika tiada sebarang aktiviti yang berlaku selama lebih ENAM (6) bulan.
Tetapi jangan risau, anda boleh mendapatkan semula akaun tidak aktif anda:
AKAUN YANG TELAH DISAHKAN: Anda boleh mendapatkan semula akses ke akaun TNG eWallet anda dengan mengikuti langkah Pemulihan Akaun berikut:
- Pergi ke halaman utama dan tekan "Read FAQ".
- Tekan "Recover account now".
- Masukkan nombor telefon bimbit baharu anda.
- Masukkan kod OTP yang dihantar melalui SMS ke nombor telefon baharu anda.
- Masukkan maklumat dokumen pengenalan yang telah didaftarkan:
- Pilih jenis dokumen pengenalan (contohnya MyKad/NRIC atau Pasport).
- Masukkan nombor dokumen pengenalan yang didaftarkan.
- Masukkan kod OTP yang dihantar ke alamat e-mel berdaftar anda.
- Setelah pengesahan berjaya, sistem akan memaparkan mesej "Account ready for recovery". Tekan "Recover Now".
- Lengkapkan proses Pengesahan Wajah (Face Verification) dengan mengimbas wajah anda mengikut arahan yang diberikan.
- Setelah pengesahan berjaya, akaun anda akan dipulihkan dan nombor telefon baharu akan dikemas kini. Skrin akan memaparkan mesej "Account recovered successfully".
AKAUN YANG MASIH BELUM DISAHKAN: Anda boleh mendapatkan akses semula ke akaun TNG eWallet anda dengan mengikuti langkah Pemulihan Akaun menggunakan alamat e-mel yang berdaftar. Untuk memahami bagaimana proses ini berfungsi, kami mencadangkan untuk menonton video pendek disini.
- Pergi ke halaman utama dan tekan "Read FAQ".
- Dalam bahagian FAQ, tekan "Recover account now".
- Masukkan nombor telefon bimbit baharu anda dan teruskan.
- Masukkan kod OTP yang dihantar melalui SMS ke nombor telefon baharu anda.
- Masukkan nombor dokumen pengenalan berdaftar anda (MyKad/NRIC atau Pasport).
- Masukkan kod OTP yang dihantar ke alamat e-mel berdaftar anda.
- Setelah pengesahan berjaya, akaun anda sedia untuk dipulihkan dan nombor telefon anda akan dikemas kini.
- Jika anda menerima mesej "ID has not been registered before", sila hubungi Khidmat Pelanggan (Careline) untuk membuat pindaan pada maklumat anda.