WalletSafe adalah pelan 6-bulan yang menyediakan perlindungan seperti di bawah dengan 2 pilihan pelan tersedia dengan harga yang mampu milik. Produk ini ditaja jamin oleh AIA General Berhad dan hanya boleh dibeli melalui TNG eWallet.
| Manfaat | Basic Plan | Pro Plan |
| Transaksi Tidak Sah Dari Digital Wallet | Sehingga RM 25,000 | Sehingga RM 25,000 |
| Kematian Akibat Kemalangan |
10 kali ganda baki akaun TNG eWallet Orang Yang Diinsuranskan (Sehingga RM 25,000) |
20 kali ganda baki akaun TNG eWallet Orang Yang Diinsuranskan (Sehingga RM 50,000) |
| Kematian Akibat Kemalangan Jalan Raya Atau Dalam Pengangkutan Awam |
10 kali ganda baki akaun TNG eWallet Orang Yang Diinsuranskan (Sehingga RM 25,000) |
20 kali ganda baki akaun TNG eWallet Orang Yang Diinsuranskan (Sehingga RM 50,000) |
| Kehilangan Barangan Peribadi Akibat Kecurian | n/a | Sehingga RM 1,000 |
| Perbelanjaan Kad Debit/ Kredit Tidak Sah Akibat Kecurian | n/a | Sehingga RM 1,500 |
Tempoh perlindungan ialah :
- 6 bulan untuk WalletSafe Basic Plan dan WalletSafe Pro Plan; atau
- 1 bulan untuk WalletSafe Pro Plan jika anda menebus 1 bulan WalletSafe Pro Plan secara percuma; bermula dari Tarikh perlindungan berkuat kuasa