SafeTrip ialah insurans perjalanan yang berpatutan untuk perjalanan domestik dan antarabangsa yang memberikan pampasan sekiranya berlaku kesulitan perjalanan, penyakit, kecederaan, hilangan upaya atau kematian akibat kemalangan semasa dalam perjalanan anda. Selain itu, tiga manfaat pilihan juga tersedia untuk Pelan Antarabangsa yang melindungi sukan pengembaraan dan musim sejuk, kandungan rumah dan haiwan peliharaan. Anda juga dibenarkan untuk membeli Pelan Antarabangsa sehingga jam 11:59 malam (waktu Malaysia) pada hari berikutnya selepas anda berlepas dari Malaysia (“Perlindungan Selepas Berlepas”). Sila ambil perhatian bahawa tempoh menunggu selama 24 jam dikenakan sebelum tuntutan boleh dibuat.
Produk ini ditaja jamin oleh AIA General Berhad dan hanya boleh dibeli melalui TNG eWallet.
| No. | Manfaat | Jumlah Manfaat (RM) | |
| Pelan Antarabangsa | Pelan Domestik | ||
| (A) Kesulitan Perjalanan | |||
| 1 | Pembatalan Perjalanan atau Kehilangan Deposit1 | 20,000 | 5,000 |
| · Pembatalalan Perjalanan atas Sebarang Sebab (CFAR) 1 | 1,000 | Tidak Tersedia | |
| 2 | Pemendekan Perjalanan | 20,000 | Tidak Tersedia |
| 3 | Kelewatan Perjalanan (RM100 untuk 3 jam pertama, dan RM200 untuk setiap 6 jam seterusnya) | 2,000 | Tidak Tersedia |
| 4 | Terlepas Sambungan Perjalanan | 400 | Tidak Tersedia |
| 5 | Kelewatan Bagasi (RM100 untuk 3 jam pertama, dan RM200 untuk setiap 6 jam seterusnya) | 2,000 | Tidak Tersedia |
| 6 | Kehilangan atau Kerosakan Bagasi dan Barangan Peribadi | 5,000 | 1,000 |
| · Had pada mana-mana satu artikel | 500 | 500 | |
| · Komputer mudah alih | 2,000 | 1,000 | |
| 7 | Perkhidmatan Bantuan Perjalanan | Disertakan | Tidak Tersedia |
| (B) Perubatan (meliputi penyakit dan kecederaan badan akibat kemalangan) | |||
| 8 | Perbelanjaan Perubatan2 | ||
| · 30 hari – 70 tahun | 200,000 | 100,000 | |
| · 71 – 85 tahun | 100,000 | 50,000 | |
| 9 | Rawatan Susulan di Malaysia3 | ||
| · 30 hari – 70 tahun | 20,000 | Tidak Tersedia | |
| · 71 – 85 tahun | 10,000 | Tidak Tersedia | |
| 10 | Pemindahan dan Penghantaran Pulang Perubatan Kecemasan | Tidak Terhad | Tidak Tersedia |
| 11 | Penghantaran Pulang Jenazah | Tidak Terhad | Tidak Tersedia |
| (C) Kemalangan Diri | |||
| 12 | Kematian dan Hilang Upaya Akibat Kemalangan | ||
| · 30 hari – 70 tahun | 200,000 | 100,000 | |
| · 71 – 85 tahun | 100,000 | 50,000 | |
| 13 | Indemniti Dua Kali Ganda dalam Pengangkutan Awam | ||
| · 30 hari – 70 tahun | Tidak Tersedia | 100,000 | |
| · 71 – 85 tahun | Tidak Tersedia | 50,000 | |
| 14 | Indemniti Dua Kali Ganda pada Cuti Umum Kebangsaan | ||
| · 30 hari – 70 tahun | Tidak Tersedia | 100,000 | |
| · 71 – 85 tahun | Tidak Tersedia | 50,000 | |
| (D) Manfaat Pilihan | |||
| Manfaat Pilihan 1 | Perlindungan Sukan – Sukan Pengembaraan & Musim Sejuk | ||
| · 30 hari – 70 tahun | Perlindungan untuk Perubatan dan Kemalangan Diri | Tidak Tersedia | |
| · 71 – 85 tahun | Tidak Tersedia | Tidak Tersedia | |
| Manfaat Pilihan 2 | Perlindungan Rumah – Kehilangan atau Kerosakan Kandungan Rumah | ||
| · 30 hari – 70 tahun | 20,000 (500 untuk satu artikel) | Tidak Tersedia | |
| · 71 – 85 tahun | Tidak Tersedia | Tidak Tersedia | |
| Manfaat Pilihan 3 | Perlindungan Haiwan Peliharaan – (a) Perbelanjaan Veterinar (RM100 deduktibel setiap tuntutan) | ||
| · 30 hari – 70 tahun | 1,000 | Tidak Tersedia | |
| · 71 – 85 tahun | Tidak Tersedia | Tidak Tersedia | |
| (b) Elaun Kesulitan Harian untuk Penginapan Haiwan Peliharaan (RM100 setiap hari, sehingga 10 hari) | |||
| · 30 hari – 70 tahun | 1,000 | Tidak Tersedia | |
| · 71 – 85 tahun | Tidak Tersedia | Tidak Tersedia | |
Nota:
- Manfaat ini tidak terpakai untuk Perlindungan Selepas Berlepas. CFAR memberikan pampasan untuk 50% kerugian yang tidak dapat dipulihkan bagi tambang perjalanan dan/atau perbelanjaan penginapan yang dibayar terlebih dahulu, dengan syarat pembatalan mesti dilakukan dalam tempoh 30 hari dan sekurang-kurangnya 72 jam sebelum permulaan perjalanan.
- Kemasukan ke hopsital tanpa tunai di luar negara akibat kemalangan dan/atau keracunan makanan (terpakai untuk Pelan Antarabangsa). Sebarang tuntutan di bawah Perbelanjaan Perubatan akibat penyakit atau Pelan Domestik akan dibayar secara pampasan.
- Rawatan susulan di Malaysia termasuk rawatan alternatif daripada Pakar Akupunktur, Kiropraktor atau Ahli Fisioterapi sehingga dua (2) sesi.