Deduktibel terpakai kepada Manfaat Pilihan 3: Perlindungan Haiwan Peliharaan. Deduktibel merujuk kepada amaun tetap yang mesti dibayar oleh Orang Yang Diinsuranskan terlebih dahulu untuk setiap tuntutan, dan AIA akan membayar balik jumlah kerugian sebenar yang melebihi amaun deduktibel sehingga had amaun yang dinyatakan dalam polisi.