Perbelanjaan Tidak Sah bermaksud sebarang urus niaga nilai kewangan daripada kad kredit atau debit Orang Yang Diinsuranskan, di mana Orang Yang Diinsuranskan adalah pemegang kad utama, dilakukan tanpa kebenaran atau persetujuan Orang Yang Diinsuranskan dan bukan disebabkan oleh kesalahan Orang Yang Diinsuranskan.
Kecurian bermaksud perbuatan mengambil barangan daripada milikan orang lain tanpa kebenaran pemilik dengan mengambil dan/atau membawa pergi dengan niat untuk mencuri atau melucutkan harta pemiliknya secara kekal.
Untuk ‘Perbelanjaan Kad Debit/ Kredit Tidak Sah Akibat Kecurian’, manfaat tidak akan dibayar untuk:
- Sebarang kehilangan kewangan yang ditanggung oleh Orang Yang Diinsuranskan yang boleh dipulihkan atau dibayar pampasan oleh bank pengeluar kad atau sumber lain seperti yang ditentukan megikut hak syarikat;
- Kehilangan akibat sebarang tindakan penipuan, tidak jujur atau jenayah oleh Orang Yang Diinsuranskan, orang yang dikenali oleh Orang Yang Diinsuranskan atau ahli keluarga Orang Yang Diinsuranskan, sama ada bertindak bersendirian atau bersubahat dengan orang lain;
- Perbuatan yang disengajakan atau berniat jahat, kecuaian melampau atau kecuaian Orang Yang Diinsuranskan;
- Tersalah letak, kehilangan misteri atau penyeluk saku barangan peribadi Orang Yang Diinsuranskan;
- Sebarang kehilangan berkaitan dengan kad tambahan atau pemegang kad tambahan.
Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk kontrak polisi untuk pengecualian penuh WalletSafe.