Untuk menikmati faedah penuh charm yang dilengkapi “Near Field Communication” (NFC), sila pastikan anda memenuhi prasyarat berikut:
- Akaun Touch ’n Go eWallet pengguna perlu disahkan melalui eKYC
- Pengguna perlu mempunyai telefon bimbit yang serasi dengan NFC dan perlu Perisian Pengendalian (OS) minimum iOS 13 (Apple) dan Android 4.4 (Android & model lain). Pengguna perlu memastikan telefon bimbit mereka memenuhi OS minima dan ia telah dikemas kini dalam telefon bimbit mereka untuk memastikan ciri tambah nilai melalui Touch n’ Go eWallet berfungsi. Sesetengah model telefon yang dibeli daripada negara lain boleh menyebabkan masalah pada fungsi NFC. Sila semak dengan syarikat yang menjual model telefon bimbit anda sebelum mencuba ciri tambah nilai charm menggunakan eWallet
- Pengguna perlu mengemas kini aplikasi Touch 'n Go eWallet mereka kepada versi 1.7.72 dan ke atas untuk menikmati semua ciri tambahan untuk menggunakan charm TNG.
Anda diingatkan bahawa sesetengah telefon bimbit mungkin memerlukan anda membolehkan fungsi NFC sebelum menggunakannya dalam Touch 'n Go eWallet. Sila semak dengan syarikat yang membekal model telefon bimbit anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang keserasian peranti anda dengan NFC sebelum membeli charm TNG.