a) Perlindungan di bawah polisi ini tersedia kepada individu yang merupakan pengguna berdaftar aplikasi TNG eWallet dan tergolong dalam kategori berikut:
- Warganegara Malaysia atau penduduk tetap Malaysia;
- Pemegang permit kerja yang sah atau pemegang pas pelajar yang sah; atau
- Individu lain yang menetap secara sah di Malaysia;
serta pasangan dan anak mereka yang menetap secara sah di Malaysia sepanjang tempoh insurans.
b) Kelayakan juga tertakluk pada had umur berikut:
- Adult Plan: lapan belas (18) hingga tujuh puluh (70) tahun;
- Child Plan: tiga puluh (30) hari hingga tujuh belas (17) tahun; dan
- Senior Citizen Plan: tujuh puluh satu (71) hingga lapan puluh lima (85) tahun.
Sila ambil perhatian bahawa pengembara kanak-kanak mesti diinsuranskan bagi perjalanan yang sama dan melakukan perjalanan bersama ibu bapa atau penjaga yang diinsuranskan di bawah Polisi ini; ibu bapa atau penjaga tersebut mestilah pengembara utama.