Tempoh perlindungan insurans anda adalah berdasarkan tempoh perjalanan yang dipilih semasa anda membeli polisi. Tempoh yang dipilih akan diisytiharkan kepada Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (penanggung insurans) oleh TNG Digital Sdn Bhd (sebagai pemegang polisi berkumpulan) dan disahkan dalam Pengesahan Perlindungan anda.
Anda boleh merujuk Pengesahan Perlindungan yang dihantar ke alamat e-mel berdaftar anda.