Pelanggan yang bercadang untuk menggunakan Laluan MRT Kajang perlu mengambil maklum bahawa Touch 'n Go Business Card pada masa ini tidak diterima untuk pembayaran tambang transit di Laluan MRT Kajang. Sila pastikan Touch 'n Go Business Card memenuhi keperluan perjalanan anda sebelum membeli dan mengaktifkan Pas My50. Selaras dengan terma dan syarat yang berkuat kuasa, Pas My50 tidak boleh dikembalikan wang setelah ia diaktifkan atau digunakan.