AIA SafeTrip
Pembekal perkhidmatan yang diberi kuasa oleh AIA menyediakan Perkhidmatan Bantuan Perjalanan berikut:
Bantuan Perubatan Antarabangsa termasuk, tetapi tidak terhad kepada, rujukan perubatan dan pengaturan temu janji perubatan, penganturan jaminan kemasukan hospital (disebabkan oleh kemalangan dan/atau keracunan makanan sahaja), perkhidmatan pemindahan dan penghantaran pulang dsb.; dan
Bantuan Perjalanan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, syarat visa, pasport dan inokulasi, pencarian lokasi barang hilang (contohnya, bagasi, dokumen, barang peribadi), rujukan guaman, rujukan jurubahasa/ penterjemah dsb.
Senarai ini tidak lengkap, sila rujuk kontrak polisi di sini untuk senarai penuh Perkhidmatan Bantuan Perjalanan.
Sekiranya anda memerlukan mana-mana perkhidmatan di atas semasa perjalanan anda, anda boleh menghubungi talian hotline 24 jam Bantuan Perjalanan Seluruh Dunia AIA di +603-2163 4088.
Tokio Marine Explorer
Tokio Marine Travel Assistance ialah talian bantuan 24 jam di seluruh dunia yang menawarkan bantuan seperti pemindahan perubatan kecemasan, penghantaran pulang perubatan kecemasan, penjagaan belas ihsan, iaitu lawatan oleh saudara / rakan, penghantaran pulang kanak-kanak tanggungan, penghantaran pulang jenazah / pengebumian di luar negara, pemantauan perubatan, penghantaran ubat / peralatan penting, rujukan pengamal perubatan, konsultasi tele-perubatan, pengaturan penterjemah dan perkhidmatan rujukan tambahan seperti maklumat visa / vaksinasi, cuaca, kadar tukaran mata wang, maklumat konsulat / kedutaan, bantuan kehilangan bagasi, penggantian dokumen perjalanan, rujukan guaman, jurubahasa, bantuan bon jaminan dan pemindahan dana kecemasan.
Nombor talian bantuan: +603 7628 3877 dan +603 7841 5770.