Pas Rapid Kota merupakan pas perjalanan harian yang menawarkan perjalanan tanpa had dengan perkhidmatan LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL serta bas pengantara MRT/LRT di Lembah Klang selama satu (1) hari atau tiga (3) hari. Pas ini boleh dibeli pada bila-bila masa dalam bulan tersebut dan tempoh sahnya dikira berdasarkan kitaran harian dari tarikh penggunaan pertama.