Langkah 1: Buka TNG eWallet.
Langkah 2: Lengkapkan proses e-KYC anda.
Langkah 3: Pergi ke menu ‘My Favourites’.
Langkah 4: Pilih ‘More’.
Langkah 5: Skrol ke bawah ke bahagian ‘Transport’.
Langkah 6: Pilih ‘Travel Pass’.
Langkah 7: Pilih ‘Rapid Kota’ di bahagian atas halaman ‘Travel Pass’.
Langkah 8: Pilih kad Touch 'n Go yang dinaik taraf pilihan anda untuk dihubungkan dengan Pas Rapid Kembara. Sekiranya kad anda belum dipautkan, sila tambah kad Touch 'n Go yang dinaik taraf ke dalam aplikasi terlebih dahulu.
Langkah 9: Imbas kad anda menggunakan telefon. Hanya letakkan kad Touch 'n Go yang dinaik taraf di bahagian belakang telefon untuk mengimbas.
Langkah 10: Pilih tarikh pengaktifan.
Langkah 11: Sahkan maklumat dan buat bayaran menggunakan baki akaun TNG eWallet.
Langkah 12: Imbas kad anda sekali lagi. Imbasan terakhir ini akan mengaktifkan pas berdasarkan tarikh yang dipilih dan memautkannya ke kad anda.