Anda boleh melihat sehingga 90 hari sejarah transaksi kad TNG anda dan/atau transaksi Touch 'n Go eWallet untuk semua kad yang dipautkan.
Langkah 1: Klik pada butang Transaction History pada halaman utama Touch ‘n Go eWallet
Langkah 2: Pilih menu tarik turun untuk menyaring tempoh dan nyatakan tempoh sejarah transaksi yang ingin anda melihat
Langkah 3: Langkah ini boleh diabaikan. Jika anda ingin menghantar emel penyata transaksi kepada diri sendiri, pilih email di penjuru kanan sebelah atas skrin dan isikan alamat emel pilihan anda. Sebaik sahaja anda melengkapkan ini, anda akan menerima emel yang dijana sistem hampir serta-merta dengan penyata transaksi dilampirkan