Tarikh luput kad TNG yang dinaik taraf boleh dirujuk melalui cara-cara yang tertera di bawah:
- Dicetak di belakang kad anda;
- Dicetak pada resit yang anda perolehi apabila anda menambah nilai kad anda;
- Terpapar pada TNG eWallet selepas anda memautkan kad anda pada TNG eWallet; dan
- Terpapar di MYTouchnGo portal setelah kad anda didaftar di portal tersebut.
Kad TNG anda mempunyai jangka hayat selama tujuh (7) tahun atau tempoh yang ditetapkan oleh Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNGSB).