Jika pembayaran anda berjaya tetapi imbasan kad gagal, walaupun selepas dua percubaan, dan Pas My50 anda tidak diaktifkan, jangan risau. Sistem akan memulangkan bayaran secara automatik ke eWallet anda dalam masa 24 jam. Sila cuba beli Pas My50 melalui TNG eWallet sekali lagi.
Berikut yang boleh anda lakukan:
- Tunggu sekurang-kurangnya 60 saat sebelum mencuba imbasan kedua supaya sistem mempunyai masa yang mencukupi untuk memproses permintaan anda.
- Setelah bayaran dikembalikan dan dipaparkan dalam eWallet anda, anda boleh cuba membeli pas semula.
- Jika anda masih belum menerima pemulangan selepas 5 hari bekerja, anda boleh menghubungi kami disini TNG eWallet untuk bantuan lanjut.