Terima kasih atas minat anda untuk membeli Touch 'n Go eWallet reload PIN.
Bagaimanakah saya boleh membeli PIN tambah nilai untuk tujuan hadiah korporat?
Anda boleh menghubungi kami melalui e-mel di cfmssupport@tngdigital.com.my atau menghantar permohonan melalui https://www.tngdigital.com.my/business/business-partnership
Apakah itu PIN tambah nilai dan bagaimanakah ia boleh digunakan sebagai hadiah korporat?
PIN tambah nilai adalah kod unik yang ditukar kepada kredit atau dana untuk Touch ‘n Go eWallet anda, menawarkan pilihan serba boleh untuk kegunaan korporat seperti insentif staf, ganjaran pelanggan dan hadiah peraduan.
Adakah terdapat sebarang sekatan terhadap siapa yang boleh membeli PIN tambah nilai bagi kegunaan korporat?
Kami menawarkan PIN tambah nilai kepada syarikat yang telah berdaftar dengan perkhidmatan kami. Untuk mendaftar perniagaan anda, sila e-mel cfmssupport@tngdigital.com.my
Apakah denominasi PIN tambah nilai yang tersedia untuk hadiah korporat?
Denominasi yang tersedia bermula dari serendah RM1 sehingga RM8,000. Anda boleh memohon sehingga 15 denominasi berbeza bagi setiap pesanan tanpa sebarang caj. Caj pengendalian hanya akan dikenakan sekiranya anda memohon lebih daripada 15 denominasi atau menukar denominasi tersebut sebaik sahaja PIN tambah nilai telah dijana.
Bagaimanakah cara untuk membeli PIN tambah nilai secara pukal bagi kegunaan korporat?
Sila hubungi kami melalui e-mel di cfmssupport@tngdigital.com.my atau serahkan permohonan melalui laman web kami di https://www.tngdigital.com.my/business/business-partnership
Apakah tempoh sah PIN tambah nilai?
PIN tambah nilai adalah sah selama 1 tahun setelah dijana. Anda boleh memohon tempoh sah yang lebih pendek dengan menyatakan tarikh yang dikehendaki dalam borang Pesanan Belian.
Bolehkah tarikh luput PIN tambah nilai dilanjutkan selepas pembelian?
Sekiranya anda ingin melanjutkan tarikh luput PIN tambah nilai selepas pembelian, sila e-mel permohonan anda ke cfmssupport@tngdigital.com.my. Sila ambil maklum bahawa permohonan pelanjutan hanya boleh dibuat sekali sahaja dan mesti diserahkan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh tamat tempoh. Selepas diluluskan, tarikh luput tersebut boleh dilanjutkan untuk tambahan 3 bulan. Untuk permohonan yang dibuat kurang daripada 30 hari sebelum tarikh tamat tempoh, anda akan dikenakan caj pengendalian. Selain itu, sebarang permohonan yang dikemukakan kurang daripada 7 hari bekerja sebelum tarikh tamat tempoh tidak akan dilayan.
Adakah terdapat caj pengendalian untuk pembelian PIN tambah nilai?
Caj pengendalian dikenakan mengikut situasi-situasi di bawah:
Situasi | Kadar caj |
Pembelian dengan lebih daripada 15 denominasi PIN tambah nilai | RM100 bagi setiap pembelian |
Permohonan untuk menukar denominasi selepas PIN tambah nilai telah dijana | RM100 atau 3% daripada jumlah pembelian, mana yang lebih tinggi |
Permohonan untuk melanjutkan tarikh luput PIN tambah nilai yang dibuat kurang daripada 30 hari sebelum tarikh luput | RM100 atau 3% daripada jumlah pembelian, mana yang lebih tinggi |
Adakah terdapat kuantiti minimum atau maksimum bagi pembelian PIN tambah nilai untuk hadiah korporat?
Kuantiti minimum ialah RM1,000 dan tiada kuantiti maksimum untuk pembelian.
Apakah kaedah pembayaran yang diterima untuk pembelian korporat PIN tambah nilai?
Kami terima pembayaran melalui pindahan wang melalui bank dan cek.
Berapa lamakah masa yang diambil untuk memproses dan menerima PIN tambah nilai yang dibeli untuk kegunaan korporat?
Pendaftaran akaun kebiasaannya mengambil masa sekitar 7 hingga 12 hari bekerja. Untuk perniagaan yang telah didaftarkan sebelum April 2023, proses pengesahan semula diperlukan, yang mengambil masa sekitar 5 hari bekerja. Tempoh yang lebih singkat ini adalah kerana maklumat mereka sudah tersedia dalam sistem kami.
Pemprosesan pembelian dan penghantaran PIN tambah nilai memerlukan lebih kurang 5 hari bekerja.
Adakah diskaun pukal tersedia untuk pembelian PIN tambah nilai bagi tujuan hadiah korporat
Mohon maaf, kami tidak menawarkan diskaun pukal. Harga PIN tambah nilai adalah berdasarkan nilai kredit yang diperlukan.
Apakah sokongan atau bantuan tersedia sekiranya saya menghadapi masalah dengan pembelian PIN tambah nilai bagi tujuan korporat?
Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah, anda boleh menghubungi pasukan sokongan di TNG Digital melalui emel di cfmssupport@tngdigital.com
Bolehkah saya memohon bayaran balik atau pertukaran untuk PIN tambah nilai yang tidak digunakan?
Kesemua PIN tambah nilai yang telah terjual adalah muktamad dan tidak boleh dikembalikan.