LPR Parking (Pengecaman Plat Lesen) adalah ciri mudah dalam TNG eWallet yang membolehkan anda membayar parkir dengan mudah di lokasi-lokasi terpilih.
Cara LPR Parking berfungsi:
- Masuk: Sistem parkir akan mengimbas nombor plat kenderaan anda semasa masuk dan palang akan terbuka secara automatik. Anda juga akan menerima notifikasi dengan nombor plat kenderaan, lokasi parkir dan peringatan untuk memastikan baki eWallet anda mencukupi
- Keluar: Apabila ingin keluar, sistem parkir akan mengira caj parkir dan menolak jumlah tersebut secara terus daripada baki eWallet anda. Palang akan terbuka selepas pembayaran berjaya dilakukan dan anda akan menerima notifikasi pembayaran daripada eWallet anda
Tip: Pastikan baki eWallet anda mencukupi sebelum keluar untuk mengelakkan sebarang kesulitan.