Laporan Transaksi Tidak Sah membolehkan anda memaklumkan kepada kami jika terdapat transaksi dalam TNG eWallet anda yang bukan dilakukan atau diluluskan oleh anda. Ini adalah salah satu cara kami melindungi anda.
Sebaik sahaja kami terima laporan lengkap bersama dokumen yang diperlukan, kami akan mulakan siasatan dan maklumkan hasilnya kepada anda dalam masa 14 hari. Jika kami mengesahkan bahawa transaksi tersebut bukan dilakukan oleh anda dan bukan melibatkan sebarang scam, anda akan terima bayaran balik penuh.
Di TNG Digital, keselamatan anda adalah keutamaan kami.
Isi borang laporan atau ketahui lebih lanjut di sini