Kami komited untuk membantu anda, namun terdapat situasi di mana transaksi tidak dianggap sebagai transaksi tidak sah dan tidak layak untuk pemulangan wang. Ini termasuk:
• Transaksi tidak berlaku dalam TNG eWallet
• Anda berkongsi maklumat log masuk ewallet atau OTP anda dengan orang lain
• Transaksi penipuan atau phishing yang anda sendiri benarkan
• Kecuaian atau unsur penipuan daripada pihak anda semasa siasatan
• Transaksi berlaku ketika bencana di luar kawalan kami seperti bencana alam, peperangan, serangan pengganas, atau rusuhan
• Isu teknikal yang anda sedar semasa transaksi (contohnya cubaan penggodaman, naik taraf sistem bank, atau gangguan rangkaian telco)
• Alasan undang-undang atau peraturan yang menghalang kami daripada memproses pemulangan wang
• Penggunaan peranti yang telah di-root/jailbreak atau versi aplikasi tidak rasmi
• Anda membenarkan orang lain menggunakan kad bank anda untuk tambah nilai akaun TNG eWallet
• Anda tersilap memindahkan dana, termasuk pemindahan yang melibatkan penipuan
• Peranti anda dijangkiti malware atau fail APK mencurigakan
Kami sentiasa berusaha untuk melindungi akaun anda, namun tindakan dan langkah berjaga-jaga anda juga penting untuk memastikan eWallet kekal selamat.