Inisiatif Insuran Rahmah telah dilancarkan pada 22 Jun 2023 oleh Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub yang memperkenalkan Allianz General Insurance Company (M) Berhad sebagai salah satu syarikat insurans pertama menawarkan 2 produk insuran di bawah inisiatif ini. Salah satu produk yang diperkenalkan di bawah Inisiatif Insuran Rahmah ialah PerlindunganKu Allianz4All di mana manfaat sedia ada ditambah baik dan manfaat baharu disertakan tanpa caj tambahan.