Ya, anda boleh. Bagi pemilik/penyewa harta tidak bertanah yang juga mempunyai hak memilik strata (cth. Pangsapuri, rumah pangsa, kondominium), anda hanya layak untuk membeli perlindungan kandungan. Perlindungan bangunan anda hendaklah diatur oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC) anda di mana pemilik unit individu dikehendaki membayar kepada JMB atau MC atas bahagian premium masing-masing.