Ya, anda akan dilindungi oleh polisi Tokio Marine Explorer, tetapi Manfaat 2, 3, 4 dan 6 adalah tertakluk kepada Pengecualian Am Tambahan 2(j), iaitu ‘sebarang bentuk Penyakit Gunung yang timbul daripada perjalanan di kawasan pergunungan melebihi 3,000 meter dari aras laut’:
- Manfaat 2: Perbelanjaan berkaitan perubatan;
- Manfaat 3: Manfaat Kesulitan;
- Manfaat 4: Elaun Hospital Harian sehingga 30 hari;
- Manfaat 6: Pemindahan Perubatan Kecemasan & Repatriasi.