SafeTrip membenarkan anda membeli polisi walaupun selepas anda memulakan perjalanan anda dan telah berlepas dari Malaysia, dengan syarat anda mesti membeli polisi tersebut selewat-lewatnya pada jam 2359 (dalam waktu Malaysia) pada hari berikutnya selepas anda berlepas dari Malaysia. Perlindungan Selepas Berlepas akan memberikan anda semua manfaat di bawah SafeTrip (kecuali Pembatalan Perjalanan), dan ini hanya terpakai untuk Pelan Antarabangsa.
Tempoh menunggu akan dikenakan sehingga jam 2359 (dalam waktu Malaysia) pada hari berikutnya selepas tarikh pembelian polisi anda. Tiada manfaat layak untuk dituntut sepanjang tempoh menunggu.
Sebagai contoh, anda memulakan perjalanan anda ke China pada 1 Julai 2025 untuk tempoh 1-5 Julai 2025. Pada 2 Julai 2025, anda menyedari bahawa anda tidak mempunyai sebarang insurans perjalanan dan memutuskan untuk membeli SafeTrip. Tempoh perlindungan anda akan bermula dari tarikh pembelian, iaitu dari 2 Julai dan berakhir pada 5 Julai 2025. Walau bagaimanapun, tempoh menunggu akan dikenakan dari masa sebenar pembelian pada 2 Julai hingga jam 11:59 malam pada 3 Julai. Anda tidak layak untuk sebarang manfaat di bawah polisi ini sehingga jam 11:59 malam pada 3 Julai 2025.