Anda layak menikmati perjalanan tanpa had dengan perkhidmatan LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL dan bas pengantara MRT selama satu (1) atau tiga (3) hari. Tambahan pula, anda juga boleh menikmati tawaran eksklusif daripada rakan strategik selama tujuh (7) hari berturut‑turut bermula dari hari pertama penggunaan (pengaktifan) pas dengan menunjukkan kad promo di premis rakan strategik.