Savings Tracker merupakan satu ciri dalam TNG eWallet yang memaparkan jumlah penjimatan yang dinikmati oleh pengguna secara bulanan apabila menggunakan Pas My50 berbanding bayaran tambang biasa. Ciri ini memberi gambaran yang jelas tentang nilai penjimatan sebenar, sekali gus membantu pengguna mengoptimumkan manfaat Pas My50 dengan lebih berkesan.