Great Tenang Madani ialah pelan perlindungan berkumpulan jenis takaful/insurans hayat yang boleh diperbaharui setiap tahun. Ia memberi perlindungan kepada individu yang dilindungi sekiranya berlaku kematian, hilang upaya kekal dan menyeluruh, kemalangan diri, kejadian yang dilindungi, serta bantuan kos pengebumian.
Selain itu, pelan ini juga menyediakan manfaat elaun hospital harian sekiranya individu yang dilindungi dimasukkan ke hospital.