Anda boleh membatalkan perlindungan dalam tempoh lima belas (15) hari dari tarikh anda menerima sijil asurans dengan menyerahkan permohonan pembatalan kepada Syarikat. Anda berhak mendapat bayaran balik premium penuh dengan syarat tiada tuntutan telah dibuat bagi perlindungan anda.
Anda tidak layak menerima bayaran balik premium bagi pembatalan yang dibuat selepas lima belas (15) hari tempoh memerhati bebas dan anda akan terus dilindungi untuk sepanjang baki tempoh perlindungan.