Sekiranya kematian, hilang upaya total dan kekal, kemalangan peribadi atau kejadian yang dilindungi berlaku, tertakluk pada penunaian syarat yang dinyatakan dalam kontrak polisi induk, Syarikat akan membayar jumlah asurans yang berkenaan mengikut had yang dinyatakan dalam Jadual Manfaat. Semasa kematian, perbelanjaan pengebumian akan dibayar dengan syarat manfaat kematian boleh dibayar. Perlindungan ini turut menyediakan manfaat kemasukan hospital harian, tertakluk pada terma dan syarat serta had yang dinyatakan dalam kontrak polisi induk. Sila rujuk kontrak polisi induk bagi maklumat lanjut.