Ya, anda dibenarkan untuk membeli polisi SafeTrip selewat-lewatnya pada 11:59 malam (waktu Malaysia) pada hari berikutnya selepas anda berlepas dari Malaysia. Jika anda membeli polisi SafeTrip selepas anda berlepas (“Perlindungan Selepas Berlepas”), tempoh menunggu sehingga 11:59 malam (waktu Malaysia) pada hari berikutnya selepas tarikh pembelian polisi SafeTrip anda akan dikenakan. Ini bermakna anda tidak boleh membuat tuntutan dalam tempoh ini.
Sila ambil perhatian bahawa tarikh permulaan dan akhir perjalanan yang telah anda pilih dan nyatakan semasa pembelian mesti sepadan dengan tiket perjalanan anda (contohnya tiket penerbangan/ jadual penerbangan/ pas boarding). Butiran ini akan disahkan semasa tuntutan.
Sebagai contoh, anda memulakan perjalanan anda ke China pada 1 Julai 2025 untuk tempoh 1-5 Julai 2025. Pada 2 Julai 2025, anda menyedari bahawa anda tidak mempunyai sebarang insurans perjalanan dan memutuskan untuk membeli SafeTrip. Tempoh perlindungan anda akan bermula dari tarikh pembelian, iaitu dari 2 Julai dan berakhir pada 5 Julai 2025. Walau bagaimanapun, tempoh menunggu akan dikenakan dari masa sebenar pembelian pada 2 Julai hingga jam 11:59 malam pada 3 Julai 2025. Anda hanya layak untuk sebarang manfaat di bawah polisi ini mulai 12:00 pagi (dalam waktu Malaysia) pada 4 Julai 2025.