Pembiayaan ASB ialah kemudahan kredit yang membolehkan individu Bumiputera yang layak memanfaatkan kuota individu sebanyak RM200,000 unit Amanah Saham Bumiputera (ASB). Melalui pembiayaan ini, pelanggan dapat menikmati pulangan dan dividen tahunan berdasarkan jumlah pelaburan penuh. Ia juga memberi peluang untuk memaksimumkan kesan pelaburan semula dividen kompaun melalui pelaburan sekali gus pengekalan dividen, berbanding dengan pelaburan bulanan secara beransur-ansur dalam jumlah yang kecil.