Ya, anda perlu memuat naik dokumen berikut melalui TNG eWallet sebagai bukti pendapatan anda.
Untuk pinjaman CIMB e-Zi Tunai, anda perlu mengemukakan dokumen berikut melalui eWallet anda:
Bagi pekerja bergaji:
- Slip gaji 3 bulan terkini daripada syarikat berdaftar di Malaysia
- Penyata KWSP penuh, menunjukkan caruman 3 bulan
Bagi penjawat awan:
- Slip gaji 3 bulan terkini
- Resit akuan e-pemfailan Borang BE
- Resit pembayaran cukai (jika berkenaan)
Bagi individu yang bekerja sendiri:
- Dokumen pendaftaran perniagaan yang sah (sijil SSM)
- Resit akuan e-pemfailan Borang B
- Resit pembayaran cukai (jika berkenaan)