e-Invois Individu hanya dikeluarkan untuk transaksi yang diiktiraf sebagai hasil oleh TNGD, seperti caj kemudahan dan caj perkhidmatan. Ini bermaksud jumlah dalam e-Invois anda mungkin tidak sama dengan jumlah yang dipaparkan pada halaman Aktiviti anda.
Sebagai contoh, jika anda menambah nilai RM200 ke eWallet anda menggunakan kad kredit, caj kemudahan sebanyak RM2 akan dikenakan. Butiran transaksi anda akan menunjukkan RM202, tetapi hanya caj kemudahan RM2 yang dipaparkan dalam e-Invois anda.
Anda boleh meminta e-Invois Individu untuk transaksi berikut:
- Caj kemudahan tambah nilai kad kredit
- Caj kemudahan pertukaran bukan boleh pindah kepada boleh pindah
- Caj kemudahan PIN tambah nilai
- Caj perkhidmatan ASNB (untuk dana harga tetap)
- Caj kad Visa dan caj penghantaran
- Caj pembelian dan penghantaran kad EV2
- Caj pembelian dan penghantaran tag RFID
- Caj pembelian dan penghantaran POSM (termasuk Soundbox)
- Caj langganan Soundbox
- Caj perkhidmatan cukai jalan digital
- Caj penghantaran cukai jalan fizikal