Apakah itu emulator?
Emulator ialah perisian yang membolehkan anda jalankan program atau aplikasi yang direka untuk sistem lain (contohnya komputer) pada peranti semasa anda (seperti telefon). Emulator biasanya digunakan untuk main permainan video atau aplikasi mudah alih di komputer.
Kenapa berbahaya guna aplikasi kami pada emulator?
Emulator kurang selamat berbanding telefon sebenar. Walaupun aplikasi TNG eWallet dilindungi dengan enkripsi, masih ada risiko maklumat log masuk atau data kewangan dipintas oleh perisian hasad dalam emulator.
Antara risiko guna emulator dengan aplikasi kewangan:
- Risiko keselamatan: Emulator mungkin ada kelemahan yang boleh digunakan oleh penggodam untuk akses maklumat kewangan anda.
- Perisian hasad: Perisian hasad mungkin tersembunyi dalam emulator dan boleh curi data kewangan semasa aplikasi kewangan digunakan.
- Risiko data dicuri lebih tinggi: Oleh kerana emulator dijalankan pada komputer, ada risiko tinggi maklumat log masuk atau data kewangan anda dipintas oleh program lain dalam peranti yang sama.
Untuk lindungi maklumat kewangan anda, aplikasi kami hanya direka untuk digunakan pada telefon atau tablet sebenar, bukan pada emulator. Untuk guna dengan selamat, sila pasang pada peranti yang disokong.
Dengan ikut langkah ini, anda boleh lindungi maklumat kewangan dengan lebih baik semasa guna aplikasi kami.