GO+ ialah ciri yang ditawarkan dalam aplikasi TNG eWallet melalui kerjasama dengan Principal Asset Management Berhad (“Principal”), direka untuk membolehkan anda menjana pulangan berpotensi daripada baki GO+ anda.
Dana asas bagi GO+ ialah Principal e-Cash – sebuah Dana Pasaran Wang Patuh Syariah yang diuruskan oleh Principal dan bertujuan memberikan pelabur kecairan serta pendapatan. Dana ini dimiliki oleh Principal, manakala TNG eWallet hanya berperanan sebagai penyedia platform untuk membolehkan pengguna menyimpan dalam Dana Principal e-Cash.
Baki dalam akaun GO+ anda tidak boleh dianggap sebagai wang elektronik atau deposit, tetapi sebagai produk pelaburan. Walaupun ia tidak dilindungi oleh PIDM, ia diurus secara profesional oleh Principal melalui Dana Principal e-Cash untuk membantu anda memperoleh pulangan berpotensi.