PayDirect ialah ciri yang membolehkan anda memautkan kad fizikal Touch 'n Go kepada akaun TNG eWallet anda. Apabila anda menggunakan kad tersebut di terminal yang menyokong PayDirect, caj akan ditolak terus daripada eWallet anda dan bukannya daripada baki kad fizikal. Sekiranya baki eWallet tidak mencukupi, tambang atau caj akan ditolak daripada baki kad Touch ‘n Go.
PayDirect membolehkan pengguna menambah sehingga LIMA BELAS (15) kad fizikal Touch ‘n Go ke dalam eWallet untuk kegunaan tol dan parkir.
Kad fizikal Touch ‘n Go yang telah ditambahkan ke dalam eWallet boleh digunakan untuk melalui lorong “Touch ‘n Go” dan “SmartTAG” di lebuh raya yang mengambil bahagian.
Apabila pengguna melalui plaza tol, caj tol akan ditolak daripada eWallet. Sekiranya baki tidak mencukupi, sistem akan mengaktifkan SOS Balance terlebih dahulu (jika layak) sebelum menggunakan baki pada kad Touch 'n Go yang dipautkan.
Urutan penolakan baki adalah seperti berikut:
Baki Go+ → Baki eWallet → SOS Balance → Baki Kad Touch 'n Go
Lihat video apakah itu PayDirect di sini
Untuk maklumat lanjut, layari laman web kami di sini
Berikut adalah artikel berkaitan yang sesuai untuk rujukan anda :
Bagaimana cara untuk mengaktifkan PayDirect?
Bolehkah saya menggunakan PayDirect di mana-mana plaza tol?
Adakah itu bermakna saya boleh menggunakan PayDirect di mana-mana lebuh raya di Lembah Klang?
Kenapa saya perlu gunakan PayDirect?