Terdapat 2 jenis sistem tol; terbuka dan tertutup.
- Lebuh raya Sistem Tol Terbuka adalah yang memerlukan anda membayar kadar tetap. Contohnya: Lebuhraya E7 Cheras-Kajang, Lebuhraya E35 Koridor Guthrie.
- Lebuh Raya Sistem Tol Tertutup adalah yang memerlukan anda bayar semasa anda keluar (berdasarkan masa dan/atau jarak). Contohnya: Lebuhraya E6 Utara-Selatan, Lingkaran Tengah (ELITE).
Terdapat juga lebuh raya yang menggunakan kedua-dua sistem, oleh itu ia akan dirujuk sebagai Sistem Tol-Campuran apabila keseluruhan lebuh raya berkenaan dirujuk. Contohnya: Lebuhraya E1 Utara-Selatan, Jajaran Utara.