Mesej "Sorry, this voucher has been fully redeemed.":
Isu ini menyatakan bahawa baucar anda telah diiktiraf sebagai terguna. Biasanya, ini berlaku apabila:
a. Baucar anda benar-benar telah digunakan sebelum ini, atau;
b. Anda mengalami kegagalan/pembatalan pembayaran baru-baru ini pada pesanan Lazada anda.
Kami cadangkan anda untuk:
1. Buka aplikasi Lazada anda, semak 'Order History' anda dan sahkan semula jika baucar telah digunakan untuk mana-mana pesanan anda yang terdahulu.
2. Jika pembelian anda telah dibatalkan baru-baru ini, sila tunggu selama beberapa minit dan cuba gunakannya semula.
Jika yang di atas tidak membantu, sila hubungi customer service Lazada untuk mendapatkan bantuan.
Anda boleh menghubungi talian hotline mereka di +603 2728 6600, pada bila-bila masa antara 9 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Ahad.